Khas Untuk Orang Sarawak Atau Yang Pernah ke Sarawak


Friday, December 21, 2007

Daging Masak Hitam

Tok ikut resepi yang ditulis oleh Arwah Mak Mentua aku. Kadang-kadang sik ditulis berapa sukatan & ada juak resepi yang sukatannya makei rega macam seposen or tiga posen. Yalah, resepi tok ditulis dari tahun 1957. Seposen masa ya banyak. Tapi jangan susah hati, aku akan test dolok brapa sukatan sebenarnya sebelum aku postkan di sitok. Mun kitak orang tauk akan resepi ya & tauk jumlah sebenar sukatannya dialu-alukan untuk memberi komen/pembetulan. Tok pakei kebaikan kita bersama. Sak anak cucu kita sik lupa dengan masakan orang lamak Sarawak. Jadi di bawah adalah resepi yang baruk ku cuba masa Hari Raya Aji tek.


Daging Masak Hitam

1 kg daging
50 gm kismis (digoreng tanpa minyak dan diblend halus apabila sejuk)
Secukupnya minyak masak atau jika suka minyak sapi (ghee)
2 inci kulit kayu manis atau 1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis
5 biji cengkeh (ditumbuk lumat)

Bahan A

4 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar kicap cair masin
3 sudu besar gula apung atau gula melaka
secukup rasa gula pasir (jika perlu)
secukup rasa garam (jika perlu)
secukup rasa aji-no-moto (serbuk perasa)

Bahan B (untuk diblend sekali) :

1 inci (agak2) halia
10 ulas besar bawang merah
5 ulas bawang putih
Secukup rasa lada hitam

Cara Membuatnya :

1. Perap daging yang telah dihiris sederhana besar dengan kicap pekat manis, kicap cair, gula apong dan gula (jika perlu). Biarkan selama 1 jam atau lebih bagus semalaman dalam fridge.

2. Panaskan minyak atau ghee dalam kuali. Tumiskan bahan B yang telah dikisar hingga naik bau. Tumiskan juga rempah seperti kulit kayu manis dan cengkeh.

3. Taruh daging yang telah dimarinate dengan kicap dan gula apong. Bila sudah 5 minit di masak, masukkan kismis yang telah dikisar.

4. Gaul sekali sekala supaya tidak hangus. Masaklah sehingga daging empuk. Masukkan serbuk perasa dan garam jika mahu sehingga mendapat rasa yang disuka. Apabila sudah kering dan daging masak, tutup api dan hidangkan.

Nota :
Enak dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, roti paun/bata, kelupis, lemang, ketupat pulut atau nasi impit. Enjoy. Salam.

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dah hujung tahun dah kita tok. Sik berasa masa berjalan. Rasa macam baru semalam kita sambut tukar tahun 2007. Macam yalah mun kita ada anak & bekerja. Tiap-tiap hari ngadap perkara sama.

Tapi kerenah miak sik sama. Ya ajak dapat buang rasa boring. Miak kinek tok nang matured awal. Macam anak pompuan aku yang no. 3. Baruk umur 3 tahun setengah dah pandei main online game. Sik da lain game nya, Barbie atau Playhouse Disney. Buka mata dah ngadap komputer. On & shut down komputer/laptop udah pass benar. Anak ku yang sulung & no. 2 (semua anak ku pompuan), dah ada friendster. Kadang funny juak nangga profile sidak. Ngakuk umur 90 indah. Tapi gambar di post miak kecik. Yang sulung ya semua classmate ada friendster. Dasyat miak kinek tok. Sik macam kita dolok main tepon mun nak contact kawan or jumpa kat library. Sampei kelaie pun makei comments/testimonials.

Okaylah enough said. Apa polah kitak orang Raya Aji tok? First time tahun tok aku masak untuk Hari Raya Aji. Nak cuba molah Daging Masak Itam & Rendang Manok. Mengarei buku resepi dibukak nak cari resepi. Cari punya cari bertemulah dengan tin tempat Arwah Mak Mentuaku nyimpan resepi. Wah!! Rasa dapat peti harta karun. Semua resepi orang lamak-lamak ada dalam ya termasuklah resepi yang dicarik-carik. Well, sebab yalah juak aku molah blog tok. Khas untuk sapa-sapa yang mauk carik resepi masakan asli Sarawak lamak atau resepi orang lamak-lamak.

Ok. Setiap resepi akan di post satu persatu. Harap-harap dengan ngepost resepi-resepi ya, masakan tradisional kita sik ilang. Salam.