Tok ikut resepi yang ditulis oleh Arwah Mak Mentua aku. Kadang-kadang sik ditulis berapa sukatan & ada juak resepi yang sukatannya makei rega macam seposen or tiga posen. Yalah, resepi tok ditulis dari tahun 1957. Seposen masa ya banyak. Tapi jangan susah hati, aku akan test dolok brapa sukatan sebenarnya sebelum aku postkan di sitok. Mun kitak orang tauk akan resepi ya & tauk jumlah sebenar sukatannya dialu-alukan untuk memberi komen/pembetulan. Tok pakei kebaikan kita bersama. Sak anak cucu kita sik lupa dengan masakan orang lamak Sarawak. Jadi di bawah adalah resepi yang baruk ku cuba masa Hari Raya Aji tek.
Daging Masak Hitam1 kg daging 50 gm kismis (digoreng tanpa minyak dan diblend halus apabila sejuk)Secukupnya minyak masak atau jika suka minyak sapi (ghee)
2 inci kulit kayu manis atau 1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis
5 biji cengkeh (ditumbuk lumat)
Bahan A 4 sudu besar kicap pekat manis4 sudu besar kicap cair masin3 sudu besar gula apung atau gula melakasecukup rasa gula pasir (jika perlu)secukup rasa garam (jika perlu)secukup rasa aji-no-moto (serbuk perasa)Bahan B (untuk diblend sekali) :1 inci (agak2) halia10 ulas besar bawang merah5 ulas bawang putihSecukup rasa lada hitamCara Membuatnya :1. Perap daging yang telah dihiris sederhana besar dengan kicap pekat manis, kicap cair, gula apong dan gula (jika perlu). Biarkan selama 1 jam atau lebih bagus semalaman dalam fridge.
2. Panaskan minyak atau ghee dalam kuali. Tumiskan bahan B yang telah dikisar hingga naik bau. Tumiskan juga rempah seperti kulit kayu manis dan cengkeh.
3. Taruh daging yang telah dimarinate dengan kicap dan gula apong. Bila sudah 5 minit di masak, masukkan kismis yang telah dikisar.
4. Gaul sekali sekala supaya tidak hangus. Masaklah sehingga daging empuk. Masukkan serbuk perasa dan garam jika mahu sehingga mendapat rasa yang disuka. Apabila sudah kering dan daging masak, tutup api dan hidangkan.
Nota :
Enak dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, roti paun/bata, kelupis, lemang, ketupat pulut atau nasi impit. Enjoy. Salam.