Khas Untuk Orang Sarawak Atau Yang Pernah ke Sarawak


Friday, December 21, 2007

Daging Masak Hitam

Tok ikut resepi yang ditulis oleh Arwah Mak Mentua aku. Kadang-kadang sik ditulis berapa sukatan & ada juak resepi yang sukatannya makei rega macam seposen or tiga posen. Yalah, resepi tok ditulis dari tahun 1957. Seposen masa ya banyak. Tapi jangan susah hati, aku akan test dolok brapa sukatan sebenarnya sebelum aku postkan di sitok. Mun kitak orang tauk akan resepi ya & tauk jumlah sebenar sukatannya dialu-alukan untuk memberi komen/pembetulan. Tok pakei kebaikan kita bersama. Sak anak cucu kita sik lupa dengan masakan orang lamak Sarawak. Jadi di bawah adalah resepi yang baruk ku cuba masa Hari Raya Aji tek.


Daging Masak Hitam

1 kg daging
50 gm kismis (digoreng tanpa minyak dan diblend halus apabila sejuk)
Secukupnya minyak masak atau jika suka minyak sapi (ghee)
2 inci kulit kayu manis atau 1 sudu kecik serbuk kulit kayu manis
5 biji cengkeh (ditumbuk lumat)

Bahan A

4 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar kicap cair masin
3 sudu besar gula apung atau gula melaka
secukup rasa gula pasir (jika perlu)
secukup rasa garam (jika perlu)
secukup rasa aji-no-moto (serbuk perasa)

Bahan B (untuk diblend sekali) :

1 inci (agak2) halia
10 ulas besar bawang merah
5 ulas bawang putih
Secukup rasa lada hitam

Cara Membuatnya :

1. Perap daging yang telah dihiris sederhana besar dengan kicap pekat manis, kicap cair, gula apong dan gula (jika perlu). Biarkan selama 1 jam atau lebih bagus semalaman dalam fridge.

2. Panaskan minyak atau ghee dalam kuali. Tumiskan bahan B yang telah dikisar hingga naik bau. Tumiskan juga rempah seperti kulit kayu manis dan cengkeh.

3. Taruh daging yang telah dimarinate dengan kicap dan gula apong. Bila sudah 5 minit di masak, masukkan kismis yang telah dikisar.

4. Gaul sekali sekala supaya tidak hangus. Masaklah sehingga daging empuk. Masukkan serbuk perasa dan garam jika mahu sehingga mendapat rasa yang disuka. Apabila sudah kering dan daging masak, tutup api dan hidangkan.

Nota :
Enak dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, roti paun/bata, kelupis, lemang, ketupat pulut atau nasi impit. Enjoy. Salam.

3 comments:

  1. salam, saya nak tanya..gula apong yang diguanakn tu memang melekit-lekit kan? masa masukkan daging, kicap dan gula apong ke dalam bahan tumisan tu, masuk air jugak tak?

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam...

    Maaf lambat reply...

    Ya, gula apong tu melekit-lekit warna hitam.. kat sarawak memang biasa didapati..

    Boleh masukkan air sedikit, kalau nak.. sebab semasa menumis daging tu air akan keluar.. dan kismis yang dikisar juga akan mengeluarkan jus sedikit... pendek kata terpulang kepada citarasa masing-masing..

    Lagi elok biar masakan ini kering supaya lebih tahan lama... semasa memasak jangan guna api yang besar... terima kasih kerana sudi membaca.. selamat mencuba resepi ni.. :)

    ReplyDelete
  3. samekom.... sok mk raya dah... kmk mk try resepi tk sok... thanks sbb share resepi tk... kmk nang carik org sarawak pun daging msk itam...

    ReplyDelete